Gambar Pilihan

Showing posts with label Rencana Keusahawanan. Show all posts
Showing posts with label Rencana Keusahawanan. Show all posts

Wednesday 3 June 2015

USAHAWAN BUNDLE JANA PENDAPATAN LUMAYAN

Disediakan oleh:
NURULPATANAH BINTI MOHD NOR


Siapa sangka dengan hanya menjual pakaian bundle boleh menghasilkan keuntungan yang sangat lumayan kepada sestengah pihak.  Bundle yang dahulunya ibarat suatu benda yang lapuk dan tidak selalu disebut-sebut, tetapi telah menjadi seperti cendawan tumbuh selepas hujan pada masa kini.  Perniagaan bundle jauh lebih berbeza dengan masa sekarang.  Bundle pada masa kini sering sahaja menjadi perbualan dan mendapat sambutan yang sangat hebat dalam kalangan masyarakat.

Bundle boleh diertikan dengan pakaian pakaian yang terpakai yang mempunyai kualitinya yang tersendiri.  Barang bundle itu sendiri seperti baju, seluar, handbag, kasut dan sebagainya biasanya dijual dengan harga yang murah dan berpatutan.

Barang-barang bundle ini kebanyakkannya adalah daripada barang yang original yang mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.  Antara jenama yang sering disebut-sebut ialah Levis, Dockers, Polo, Harley Davidson dan pelbagai lagi.  Barang bundle ini kebiasaanya diimpoet dari luar negara seperti US, Jepun dan Korea. 

Kebiasaanya, apabila kita bercerita tentang bundle, apa yang terlintas di minda kita ialah stok bundle ini tidak seperti stok yang berada di butik-butik ternama dipusat membeli- belah.  Stok bundle itu sendiri didatangkan dalam sekumpulan guni atau lebih. 

Menurut salah seorang pemuda yang telah berjaya dalam bidang bundle ini, bermula dengan hanya minat dengan pakaian-pakaian seperti ini yang dikatakan mudah didapati dan mempunyai kualitinya yang tersendiri,  sekaligus membuatkan aktiviti yang dahulunya hanyalah suka-suka bertukar kepada bisnes yang lebih serius.



Mengikut  Mohd Firdaus bin. Mat, seorang pemuda yang berusia 25 tahun, minatnya mula berputik dalam perniagaan bundle ini adalah bermula dengan melihat rakan beliau yang lain berniaga bundle dengan begitu baik dan dapat menghasilkan sambutan yang sangat menarik daripada ramai pihak.

Bermula dari situ, beliau mula berkecimpung berniaga barang-barang bundle ini secara kecil-kecilan dengan hanya membuka kedai dikaki lima, tepi jalan dan hasilnya sangat mengalakkan.

Berbekalkan kemahiran dan pengetahuan tentang bundle ini, Mohd Firdaus bin. Mat bertekad untuk membuka sebuah kedai daripada hasil yang begitu memberangsangkan tentang jualan beliau.  Dengan hasil usaha gigih dirinya sendiri, beliau telah berjaya membuka sebuah kedai diatas namanya sendiri yang diberi nama sebagai STYLO BUNDLE di daerah Parit Buntar, Perak.  Kedai ini beroperasi dari 10 pagi hinggalah 7 petang.

Daripada hasil kedai yang telah ditubuhkan itu, beliau mendapat keuntungan yang sangat lumayan antara RM5000-RM6000 sebulan.  Sambutan yang diberikan oleh orang ramai yang betul-betul minat terhadap bundle ini sangat menggalakkan.  Selain perniagaan yang beroperasi di kedai, beliau juga selalu mengadakan event bundle seperti festival bundle dan sebagainya untuk memperkenalkan lagi kedai beliau kepada orang ramai.

Menurut beliau lagi, matlamat utama beliau untuk  lebih serius dalam perniagaan bundle selain daripada menambahkan pendapat ialah untuk mengubah persepsi segelintir masyarakat yang menganggap bundle itu sebagai barang yang tiada nilai.  Seperti yang diketahui, tidak semua orang suka dengan pakaian bundle ini, malah ada yang menganggap barang bundle ini barang kotor dan buruk.

            Bagi Mohd Firdaus Bin. Mat, bundle mempunyai nilainya yang tersendiri dan beliau pernah berkata ‘ jika kita pergi ke kedai makan , kita tidak kisah cawan dengan pinggan itu adalah bekas orang guna, mengapa kita hendak kisah tentang pakaian juga’. Baginya bundle adalah sama dengan pakaian-pakaian yang lain.  Hanya yang betul-betul memahaminya sahaja yang dapat menilai barang bundle itu sendiri. 

Dengan tidak langsung, perniagaan bundle pada masa sekarang sedikit sebanyak telah mengubah persepsi masyarakat berbanding dahulu.  Perniagaan telah berkembang lebih maju searus dengan teknologi yang membangun di negara kita.  Bundle nampak biasa, tetapi hasilnya sangat luar biasa.


SUASANA DESA JERUJU JANA EKONOMI PENDUDUK

Disediakan oleh : 
MOHD BADRUL HISHAM B. JALI
 Shambaek@yahoo.com.

Siapa sangka keindahan serta budaya tradisional lama mampu menjadi tarikan egro pelancongan pada masa kini. Suasana desa yang aman jauh lebih tenang dari suasana di bandar kini menjadi pilihan pelancong untuk bercuti serta beriadah.
Kampung Jeruju, Jerlun adalah merupakan sebuah desa yang dibangunkan semula oleh pihak kerajaan akibat peristiwa hakisan pantai yang melanda kawasan asal perkampungan tersebut sekitar tahun 1985.
Menurut pengerusi jawatan kuasa komuniti desa kampung Jeruju, Rosli Ahmad 54 kewasan asal penempatan adalah disekitar pinggir pantai, namun akibat kejadian pasang surut air laut pada tahun 1985 berlakunya hakisan pantai dan memaksa penduduk kampung yang tinggal di kawasan pinggir pantai berpindah ke satu kawasan lain.
Menurut Pegawai Perhubungan Awam Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Hafizi Zakaria, pihak MADA sentiasa memantau aktiviti yang dilaksanakan di perkampungan tradisional disamping memberi bimbingan latihan kepada pengusaha-pengusaha homestay bagi melatih mereka dalam urusan berkaitan perusahaan homestay.
Homestay kampung Jeruju mula wujud pada tahun 2000 dimana ianya merupakan salah satu idea kementerian luar bandar untuk membantu penduduk desa menjana pendapatan selain daripada melakukan aktiviti pertanian dan nelayan.

Homestay Kampung Jeruju, berada di pinggir laut dan berada di sekitar kawasan pertanian padi yang menghijau di setiap pelusuk desa. Keindahan ini akan dapat memberikan kepuasan dan ketenangan kepada pengunjung yang menginginkan suasana aman bagi merehatkan badan setelah kepenatan berada di bandar yang sesak.
Pelbagai aktiviti yang dapat dilakukan apabila pengunjung menginap di Homestay Kampung Jeruju. Antaranya ialah, turun ke bendang, memukat ikan di laut, mencari kerang di pinggir laut serta berbasikal di sekitar kawasan kampung.
Homestay yang lengkap dengan peralatan rumah seperti ruang tamu yang luas, bilik tidur, tandas, dapur untuk memasak akan menarik pengunjong untuk menginap di Homestay Kampung Jeruju ini. Selain itu, medan selera yang berhampiran pinggir laut akan memudahkan pengunjung untuk makan serta berehat sambil menikmati pemandangan laut serta melihat matahari terbenam di sebelah petang.
Para pengunjung homestay Kampung Jeruju juga kan berpeluang melihat pembuatan kraf tangan yang dihasilkan oleh penduduk kampung, kuih muih tradisional seperti kuih karas, bahulu dan pengunjung juga berpeluang pergi melihat ikan yang diternak oleh jabatan pertanian di sebuah pulau yang berhampiran dengan kampung.
Pekej yang disediakan di Homestay Kampung Jeruju adalah berpatutan iaitu RM 120 untuk semalaman dan menyediakan pekej kepada aktiviti pelajar universiti yang ingin merasai kehidupan tradisional di kampung itu.
Menurut pengerusi JKK Kampung Jeruju, kampung ini sudah biasa menjadi tumpuan pelajar melakukan aktiviti bakti siswa yang mana dimulai oleh pelajar kolej Mas, Universiti Utara Malaysia yang menginap selama lima hari empat malam bagi melakukan pelbagai aktiviti dikawasan kampung Jeruju.
Kampung Jeruju merupakan perkampungan yang berada di daerah Jerlun dan jarak antara kampung dengan bandar Alorstar 25 km. Kampung berhampiran dengan kuala sungai yang menjadi tumpuan masyarakat sekitar mendapatkan ikan segar yang baru ditangkap oleh para nelayan kampung.
Nama Kampung Jeruju diambil bersempena dengan nama pokok-pokok jeruju yang banyak tumbuh disekitar kampung dan ianya digunakan untuk tujuan perubatan pada suatu ketika dahulu. Daun pokok jeruju dikatakan dapat mengurangkan kadar gula dalam badan dan ianya dijadikan ubat bagi mengawal penyakit kencing manis.

AINI KATERING WARISAN TURUN TEMURUN

Disediakan oleh
AHMAD FAMIN BIN NAZRI



Perniagaan katering kini berkembang maju seumpama bak cendawan tumbuh selepas hujan. 
Ros Aini Binti Hj Azhar merupakan seorang usahawan katering yang semakin menempa nama di negeri Cik Siti Wan Kembang.  Perniagaan yang bermula pada tahun 1998 dahulunya di urus oleh bapa beliau Hj Azhar Bin Mohd Noor.  Selepas Hj Azhar meninggal dunia pada tahun 2012, warisan ini telah diambil alih oleh Ros Aini yang menjadi pewaris kepada perusahaan ini.

PERKHIDMATAN

Perkhidmatan yang disediakan oleh Aini Katering mendapat permintaan tinggi pelanggan terutama di bandar Kota Bharu.

Seperti juga perniagaan lain, perkhidmatan catering juga mneghadapi cabaran tersendiri.  Saya pernah diherdik dan dimarahi oleh pelanggan tetapi setiap ketidakpuasan hati mereka akan cuba diperbaiki walaupun ada ketikanya saya seakan-akan hilang semangat mendengar kata-kata mereka.

Justeru itu, Aini Katering akan berbincang dengan pelangang terlebih dahulu bagi mengelak majlis perkahwinan menjadi kelam-kabut, perancangan rapi sangat diperlukan.

Menurut Aini, sikap sabar dalam menjalankan tugas adalah amat penting dalam setiap usahawan agar perniagaan bertambah maju.  Sebagai usahawan, kita mempunyai tanggungjawab untuk memastikan segalanya berjalan lancar," jelasnya.

Terdapat beberapa pihak katering yang menawarkan harga rendah yang tidak munasabah tetapi gagal memberikan perkhidmatan yang memuaskan kepada pelanggan. Mereka lebih mementingkan kuantiti daripada kualiti. kata beliau, 

Walaupun terpaksa berdepan dengan kerenah orang yang pelbagai ragam, Aini percaya kesabaran dalam melayani pelanggan pasti berbalas dengan keyakinan dan kepercayaan daripada mereka.

Pelbagai pilihan makanan yang disediakan oleh Aini Katering yang membuat masyarakat memerlukan perkhidmatan beliau. Tambah Ros Aini, menyediakan pelbagai pilihan makanan Melayu termasuk rendang, daging kurma, ayam percik, gulai nangka, kari daging tetel, rebung madu, kari ikan dan banyak lagi.

CABARAN

Pada masa yang sama, beliau turut menyatakan penglibatan Aini Katering adalah untuk bersama-sama mengharungi cabaran. Aini berpendapat, berniaga makanan sememangnya bidang yang cukup mencabar, apatah lagi jika tidak berbekalkan kesungguhan, semangat, komitmen, dan pengorbanan yang besar.


Selain memberikan sentuhan orang muda kepada perniagaan tersebut, penglibatan mereka juga bertujuan memberi pendedahan kepada adik beradiknya mengenai perniagaan keluarga yang telah diusahakan sejak tahun 1998 oleh ayahnya.  kata beliau,











RESTORAN BERKONSEPKAN ENGLISH KLASIK LAMBANG TARIKAN MIKA D’VINTAGE.



oleh: 
Nor Fatiehah bt Mohd Nor 
Mika d’ Vintage merupakan nama yang masih baru dalam industri perniagaan di kawasan pantai timur. Satu nama yang asing bagi sesetengah individu yang masih belum mengenali tentang kewujudan sebuah kedai makan yang beri nama Mika d’ vintage.
        Mika merupakan sebuah kedai makan yang diusahakan oleh pengusaha muda iaitu Rose Azmera Abdul Aziz, 28 yang juga merupakan seorang isteri dan ibu kepada seorang anak. Mika d’ Vintage terletak di sekitar kawasan Pasir Mas, Kelantan.
       Pada asalnya, Mika merupakan nama kepada anak pengusaha itu sendiri yang diberi nama Rayyan Mikail dan diambil singkatan kemudian digabungkan dengan unsur klasik menjadikan sebuah nama yang menarik serta senang disebut.
       Mika merupakan sebuah kedai makan yang berkonsepkan English Classic. Dimana pengusaha kedai telah memperkenalkan restoren mereka dengan mempamerkan gambar-gambar dinding yang berkaitan dengan sesuatu yang mempunyai unsur klasik.
       Selain dari mempamerkan imej yang klasik, mika juga telah menggunakan segala jenis barangan seperti pinggan, gelas dan sebagainya yang mempunyai bentuk-bentuk yang klasik yang boleh menjadi tarikan kepada orang ramai.. hal ini telah menambahkan lagi keaslian klasik yang mereka cuba pamerkan.
       Kata beliau, “ saya memilih imej klasik kerana saya dan suami melihat klasik merupakan satu yang unik dan jarang diminati oleh orang muda, jadi kami cuba untuk menonjolkan imej klasik melalui perniagaan kedai makan”.
      “ Kami telah memerhati bahawa di negeri Kelantan jarang untuk orang menemui kedai makan yang mengenakan imej klasik ini. Selain itu, kami juga lebih suka membeli barangan yang berunsurkan vintage.” ujarnya lagi.
       Tambah beliau, masakan yang di ketengahkan ialah berkonsepkan barat yang bersesuaian dengan imej restoran mereka dan mereka telah mendapati bahawa masakan barat telah menjadi pilihan ramai pada waktu malam.
      Walaupun mereka terkenal dengan masakan barat, mereka tetap tidak lupakan masakan tradisional yang menjadi pilihan kepada warga emas yang mengunjungi restoran mereka. Antara masakan tradisionalnya ialah nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang dan beberapa lagi menu yang lain. Manakala masakan barat pula ialah chicken chop, chicken grill, meatball, chicken popcorn, chicken wing, lamb chop n grill dan lain-lain.
      Dari segi minuman pula, mereka menyediakan air yang berasaskan buah. Yang paling menjadi pilihan ramai ialah air yang dikenali sebagai “mango jug”. Keaslian air dari buah mangga sebenar telah berjaya memikat hati pelanggan untuk terus singgah di Mika. Mereka menggunakan sebiji mangga dalam setiap gelas yang dihidangkan. Selain itu, air yang menjadi tarikan ialah ribena longan dan fruity dinasour.
         Menurut Zaidi, 24,  “ini merupakan restoren pertama yang menggunakan konsep klasik di Pasir Mas, setakat ini bagi saya ianya berjaya menarik hati orang ramai termasuk saya untuk terus mengunjugi Mika.
      Tambahnya, “ keenakan rasa samada dari segi masakan barat mahupun tradisional mampu menambat hati setiap orang yang datang. Setiap butir nasi yang dimakan, lebih-lebih lagi nasi kerabu amatlah terserlah kelembutan dan kesegaran,” katanya. 
 

Pelanggan yang sedang menikmati kepelbagaian jenis menu di mika d vintage